Monday, March 4, 2019

Tips Kitar Semula

Tips Kitar Semula



Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”. Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

1. Reduce – Pengurangan Hanya beli apa yang diperlukan: Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.

 2. Beli produk yang boleh diguna semula: Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.

 3. Beli pencuci serbaguna: Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.

4. Beli barangan yang kurang bungkusan: Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.

5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan: Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.

6. Beli produk tidak bertoksik: Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.

 7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik: Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.





No comments:

Post a Comment